Friday 30 December 2011

bulk order kpop keychain

dalam dua minggu nie pika memang sibuk siapkan tempahan daripada para pelanggan ^^
tempahan ni total ada 24. tak la banyak sangat tapi penat juga nak siapkan tepat pada masa.
sekarang pika dah mula bekerja untuk mengisi masa terluang sepanjang tahun 2012 sementara nak tunggu keputusan stpm.
jadi lepas ni mungkin dah sibuk sikit nak siapkan semua tempahan. kena pandai bajet masa la~~~

Saturday 17 December 2011

the shawl clip


how about this shawl clip? haha. kali ni pika nak buat buy one get free one ^^

Friday 16 December 2011

produk baru?

hehe. ni nak berkongsi mengenai produk baru yang pika dah buat:


satu lagi~~ cuba teka, apa agaknya yang pika nak buat dengan benda ni?

tempahan bermula

ok, exam dah habis so sekarang pika dah start ambil tempahan~ ni tempahan daripada cik da dan iman untuk kawan-kawan dan kakak.


Wednesday 7 December 2011

hadiah untuk diri sendiri

ok. asyik siapkan tempahan orang ja, so sekarang pika  buatkan satu tag nama khas untuk diri sendiri. hehe. hadiah atas penat lelah menghadapi hidup sepanjang tahun 2011 nie. walaupun tak seberapa, pika dah rasa puas ^^


gambar nie terus di upload tanpa sempat nak edit sikit ^^,

new product~~

haha. stpm dah hampir ke penghujung, so sekarang nie pika dah start merancang aktiviti selepas peperiksaan ^^. hehe.saya suka. saya suka. *gaya mei mei gitu*
jadi pika persembahkan design - design terbaru khas untuk peminat kpop macam saya. yalooo~~~



Thursday 1 December 2011

keychain vietnam



HARGA:
RM2

WARNA (BERTOCANG):
pink (2)
kuning (1)
putih (1)
oren (1)

WARNA (TAK BERTOCANG):
hijau (2)
hijau muda (2)
kuning (3)
ungu (2)
kelabu (1)
merah (1)
biru muda (1)

READY STOCK ITEMS
~ FOR SERIOUS BUYERS ONLY ~

bekas pensil cantik~ cantik~

READY IN STOCK ITEMS


HARGA:
RM6 setiap satu

WARNA:
hitam
hijau gelap
hijau muda
biru muda
coklat
coklat muda
pink
ungu muda


SAIZ:
18CM (panjang)  X 7CM (tinggi) X 6.5CM (lebar)

FOR SERIOUS BUYERS ONLY

Friday 18 November 2011

special case~~

special case?

haha. pika baru je dapat berita yang kak nadia, my Korean teacher nak mai Malaysia next 2 weeks. so pika pon cepat-cepat la dapat idea dan siapkan kepala doll nie. hehe. ingat nak letak keychain tapi dah habis stok. so letak la phone stripe nie. patu tambah loceng sikit. kring~~ king~~ kring~~

pika design ikut bentuk kepala kak nadia tapi dah di edit sikit. hehe. kak nadia pakai cermin mata. tapi pika tak buat pon ^^



dongseng: kenapa satu kulit dia hitam satu kulit dia putih?
pika: pencahayaan waktu ambil gambar ^^

because i love kpop

kpop~~ kpop~~ kpop~~

kali nie, pika buat design baru. sebab dah minat sangat dengan grup B1A4, pika dah buat doll untuk celebrate birthday Leader Jung.
pika cari design bentuk kartun kat web. buat lakaran sikit, pastu terus buat benda alah nie:




pika dah poskan doll nie kat admin MYB1A4. haha. nanti B1A4 nak mai Malaysia, so boleh la kasi~~ malu la pulak. sebab rasa macam tak yakin je. plus, pika baru sedar yang rambut jinyoung dah salah arah. rambut dia sepatutnya menghala ke kanan. tapi pika buat menghala ke kiri. hehe.

HAPPY BIRTHDAY JINYOUNG ^^ #ROMANTICJINYOUNGDAY (18 Nov)

tempahan lama-lama

ok. dah lama pika tak update blog nie~~
busy~~

so kali nie~~ nak upload gambar-gambar lama yang dah hampir nak berkarat.
semua nie tempahan yang pika dapat siapkan sebelum tutup kedai.
sebenarnya ada lagi tapi tak sempat nak ambil gambar terus dah kasi kat pelanggan.








apa pun terima kasih diucapkan kepada MuSyaz dan imaNami.
haha. terima kasih sebab tolong promote.

harap lepas STPM nanti, bisnes nie boleh maju lagi. Amin~

Sunday 23 October 2011

projek baru

pika memang dah teruja sangat nak jadi business woman ^^ haha. siap buat kad kecik untuk letakkan dalam setiap bungkusan tempahan:

nie pulak, design baru yang berjaya disiapkan dalam beberapa hari nie:



produk-produk nie ready in stock. berminat? haha. nanti pika akan cuba buka page baru untuk tempahan dan ready stock product ^^

- ALL SOLD OUT -
CAN BE REMAKE

the famous pink

pika banyak dapat tempahan dari kawan-kawan yang minta pika buatkan tempahan untuk diorang guna kain warna pink. hemmm~~ tak tahu la kenapa warna pink nie ramai sangat yang berkenan.



Thursday 20 October 2011

perancang kewangan

haha. sekarang pika dah terpaksa merancang kewangan. banyak stok yang dah nak habis. pika ada beberapa projek baru lagi. semua dah ligat berputar dalam kepala, cuma tunggu nak keluarkan jew.

hari nie, pika survey kedai kraf dan kedai bunga yang ada kat sekitar sungai petani. aduh, penat jugak nak mencari kedai yang jual stok pada harga yang murah.

kebanyakan kedai jual kain felt pada harga yang~~~ kureng rasional sikit.
saiz kain felt kecik jew, tapi harga~~~~ lebih baik beli online.


picture credit to: mr. google

Monday 17 October 2011

tag nama lagi ^^

lagi  tempahan masuk. huhu. pika dah kekurangan stok nie. tunggu mak dapat gaji, so boleh ikut mak ambil gaji. boleh survey stok. tapi selalu kalau beli luar harga mahal sikit. better cari kat internet kan?

Sunday 16 October 2011

pening~~ pening~~

hari nie birthday adik pika yang tersayang. so pika dah berjaya siapkan paper klip nie untuk dia. haha. memang sakit jugak nak buat benda nie sebab pika cuba siapkan secepat mungkin sewaktu dalam kereta. hmm~~ mak yang pandu kereta. kitorang nak ke sekolah budak kecik nie la~~ nasib baik pika tak muntah dalam kereta. haha. mak dah pesan jangan menjahit dalam kereta, tapi pika tak dengar kata.

yang nie pulak, handphone case untuk kak tersayang (sayang ke? hehe.) untuk benda nie sebenarnya pika dah lama siapkan, cuma tak upload kat blog jew. malas.

menyiapkan tempahan

huhu. minggu lepas pika memang sibuk. sibuk sangat, tambah pulak internet tak boleh nak guna. stress. tapi tak apa la~~ ada tempahan masuk. yay. nie tempahan dari kawan-kawan:


Wednesday 12 October 2011

stok felt baru

haha. suka. suka. akhirnya dah dapat stok felt baru. lepas nie boleh la terus berkarya.

aduh~~ kain felt sebelum nie dah habis sebab nak buat project pencil case nie, tapi akhirnya tak dapat nak digunakan pun sebab alat tulis pika memang banyak sangat.



sibuk~~ sibuk~~




minggu ni pika memang sibuk tapi sempat jugak siapkan casing pendrive. satu untuk adik tersayang, satu lagi untuk pika sendiri. haha. pika lekatkan guna gam jew, malas nak jahit.

Tuesday 27 September 2011

love button




satu lagi keychain berbentuk hati yang pika buat. kali ni pika gunakan button warna putih mutiara ngan warna pink.

READY IN STOCK

love shape keychain
kod: LV 001
saiz: 5.5cm X 6cm (tinggi X lebar)
warna: merah
harga: RM 3.00
kuantiti: 2

lebih banyak anda beli, lebih murah kos penghantaran.

-ALL SOLD OUT-

tempahan pertama



ok. nie tempahan pertama yang pika dapat daripada rakan sekelas pika, syazana. haha. dia kata nak kasi nie sebagai hadiah birthday. yang nie simple jew, cuma add button untuk menyerikan lagi tag nama nie.

tag nama
kod: TN 001
saiz: 8cm X 2.5cm (bergantung kepada huruf)
warna: merah, perang
harga: RM 2.00

nak tempah? klik laman Order Form ok?