How to Order

PERHATIAN!

kepada semua pelanggan yang dihargai, memandangkan THE OWNER masih lagi merupakan golongan pelajar yang terikat dengan jadual yang tak menentu, penghantaran tempahan anda hanya akan dilakukan pada hari SABTU sahaja pada setiap minggu. pihak FINA.CRAFT akan cuba untuk memendekkan lagi tempoh penghantaran. tapi tak janji tau~~~

penghantaran adalah menggunakan pos laju atau kiriman biasa bergantung kepada jenis, saiz dan berat tempahan. sama la juga dengan harga yang ditetapkan. semua harga produk FINA.CRAFT adalah tidak termasuk kos penghantaran, kecuali dinyatakan.

** tempahan hanya untuk pembeli yang benar-benar serius untuk membeli sahaja
**bayaran perlu dibuat dahulu, barulah tempahan anda akan disiapkan
** pelanggan perlu membuat bayaran selewat-lewatnya satu minggu selepas tempahan. sekiranya tidak berbuat demikian, tempahan akan dibatalkan.
* anda tidak boleh membatalkan tempahan setelah pembayaran dibuat.


FREQUENT ASK QUESTIONS

bank tak terima not RM 5 jadi saya terpaksa depositkan RM 10, macam mana dengan baki duit saya?
ada 2 cara yang pihak kami gunakan:
1. baki wang anda akan dikembalikan semula dengan menggunakan wang pos bersama tempahan anda.
atau
2. baki wang anda akan dimasukkan ke dalam akaun pelanggan FINA.CRAFT dan wang tersebut akan dibawa ke pembelian anda yang seterusnya.

berapa lama masa untuk dapat tempahan saya?
pihak kami tidak menjamin tempoh masa anda akan memperoleh tempahan anda, tetapi bagi pesanan sedia ada (ready in stock) anda akan memperoleh pesanan anda selepas kami membuat penghantaran iaitu pada hari Sabtu (bergantung kepada perkhidmatan pos).

macam mana saya nak tahu pesanan dan bayaran tempahan saya telah diterima?
pihak kami akan menghubungi anda secepat mungkin sama ada melalui email atau sms. pastikan anda memuat naik gambar resit pembayaran anda ke alamat emel kami iaitu wanafifa@gmail.com setelah anda mendepositkan wang anda.

macam mana saya nak "bank in" atau poskan kiriman wang pos?
setelah anda mengisi borang pesanan dan FINA.CRAFT menerimanya, pihak kami akan memberikan nombor akaun bank, alamat dan maklumat berkaitan kepada anda sama ada melalui email atau sms. jadi tolong pastikan alamat email atau nombor telefon anda adalah tepat.


Lain-lain
FINA.CRAFT tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan yang berlaku ke atas tempahan anda semasa/setelah penghantaran dilakukan.