Sunday, 23 October 2011

projek baru

pika memang dah teruja sangat nak jadi business woman ^^ haha. siap buat kad kecik untuk letakkan dalam setiap bungkusan tempahan:

nie pulak, design baru yang berjaya disiapkan dalam beberapa hari nie:



produk-produk nie ready in stock. berminat? haha. nanti pika akan cuba buka page baru untuk tempahan dan ready stock product ^^

- ALL SOLD OUT -
CAN BE REMAKE

the famous pink

pika banyak dapat tempahan dari kawan-kawan yang minta pika buatkan tempahan untuk diorang guna kain warna pink. hemmm~~ tak tahu la kenapa warna pink nie ramai sangat yang berkenan.



Thursday, 20 October 2011

perancang kewangan

haha. sekarang pika dah terpaksa merancang kewangan. banyak stok yang dah nak habis. pika ada beberapa projek baru lagi. semua dah ligat berputar dalam kepala, cuma tunggu nak keluarkan jew.

hari nie, pika survey kedai kraf dan kedai bunga yang ada kat sekitar sungai petani. aduh, penat jugak nak mencari kedai yang jual stok pada harga yang murah.

kebanyakan kedai jual kain felt pada harga yang~~~ kureng rasional sikit.
saiz kain felt kecik jew, tapi harga~~~~ lebih baik beli online.


picture credit to: mr. google

Monday, 17 October 2011

tag nama lagi ^^

lagi  tempahan masuk. huhu. pika dah kekurangan stok nie. tunggu mak dapat gaji, so boleh ikut mak ambil gaji. boleh survey stok. tapi selalu kalau beli luar harga mahal sikit. better cari kat internet kan?

Sunday, 16 October 2011

pening~~ pening~~

hari nie birthday adik pika yang tersayang. so pika dah berjaya siapkan paper klip nie untuk dia. haha. memang sakit jugak nak buat benda nie sebab pika cuba siapkan secepat mungkin sewaktu dalam kereta. hmm~~ mak yang pandu kereta. kitorang nak ke sekolah budak kecik nie la~~ nasib baik pika tak muntah dalam kereta. haha. mak dah pesan jangan menjahit dalam kereta, tapi pika tak dengar kata.

yang nie pulak, handphone case untuk kak tersayang (sayang ke? hehe.) untuk benda nie sebenarnya pika dah lama siapkan, cuma tak upload kat blog jew. malas.

menyiapkan tempahan

huhu. minggu lepas pika memang sibuk. sibuk sangat, tambah pulak internet tak boleh nak guna. stress. tapi tak apa la~~ ada tempahan masuk. yay. nie tempahan dari kawan-kawan:


Wednesday, 12 October 2011

stok felt baru

haha. suka. suka. akhirnya dah dapat stok felt baru. lepas nie boleh la terus berkarya.

aduh~~ kain felt sebelum nie dah habis sebab nak buat project pencil case nie, tapi akhirnya tak dapat nak digunakan pun sebab alat tulis pika memang banyak sangat.



sibuk~~ sibuk~~




minggu ni pika memang sibuk tapi sempat jugak siapkan casing pendrive. satu untuk adik tersayang, satu lagi untuk pika sendiri. haha. pika lekatkan guna gam jew, malas nak jahit.